Pejabat Premier : Petronas tidak berhasrat ambil tindakan terhadap Sarawak

172

Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan selepas mesyuarat antara kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros, bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Petros Datuk Janin Girie dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Abu Bakar Marzuki.



“Disahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak dan Petros. Semua pihak menghormati dan mematuhi undang-undang Persekutuan dan negeri berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak, serta Petronas dan Petros telah mengesahkan bahawa perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak kini sedang berjalan antara mereka dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here