MotoGP Mandalika sepi, peminat pilih tonton di Litar Antarabangsa Sepang

1440

Sejumlah peminat MotoGP memilih menonton perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia berbanding di Litar Mandalika, Lombok Tengah.

Ini merupakan salah satu sebab mengapa Litar Mandalika sepi bahkan jualan tiket masih belum mencapai 70 peratus. 

Litar Mandalika

Menurut laporan media tempatan, peminat MotoGP mengatakan Litar SIC memberikan pengalaman berbeza berbanding di Mandalika. 



Peminat MotoGP, Ayuni Rizka dari Jawa Barat memberitahu lebih memilih menonton di Sepang.

“Berasa euforia penonton asingnya banyak kalau di sana (Malaysia). Kalau di Mandalika, saya lihat masih didominasi domestik (untuk penontonnya),” jelasnya.

Selain itu, tiket pesawat juga jauh lebih murah sama ada Jakarta ke Malaysia mahupun Malaysia ke Jakarta.

“Tiket ke Malaysia itu lebih murah. Bahkan, lebih murah dua kali lipat kalau dibandingkan kita ke Lombok,” tambah Ika. 

KOS LEBIH MAHAL DI MANDALIKA 

Berdasarkan tinjauan melalui Traveloka, tarif penerbangan adalah normal ketika MotoGP Malaysia 2024, (1-3 November). 

Misalnya, penerbangan Jakarta-Malaysia pada November akan datang purata adalah IDR 600,000 hingga IDR 750,000 (RM174-RM217). Sementara, tarif penerbangan dari Malaysia ke Jakarta pula  IDR 600,000 (RM174).

Manakala harga pesawat dari Jakarta ke Lombok atau sebaliknya pada MotoGP Mandalika sekitar IDR 1.4 juta hingga IDR 1.5 juta (RM406-RM435).

Di sisi lain, harga hotel di sekitar SIC menjelang MotoGP 2024 secara purata boleh didapati daripada RM87 hingga RM580 sementara di Mandalika mengalami kenaikan hingga lima kali ganda bahkan lebih pada musim MotoGP. 

Bukan tiket MotoGP dan pesawat sahaja lebih mahal bahkan harga penginapan di Malaysia juga jauh lebih murah. 

“Untuk penginapan, di Malaysia itu murah-murah. Saya pesan untuk lima hari itu dapat IDR500,000 (RM145) jadi lima hari di Malaysia adalah IDR 3 juta (RM870). Saya tempah hotel dekat litar, kalau naik Grab maksimum 15 minit saja dari hotel,” kata Ika. 

Sementara, Reyvinka yang sempat menonton langsung MotoGP Malaysia tahun sebelumnya, mengaku lebih suka menonton Marc Marquez di Sepang. 

“Kalau dibandingkan Litar Sepang dengan Mandalika, dari segi penginapan lebih murah ke Sepang. Apalagi direct flight-nya ke Kuala Lumpur dari Lombok juga murah, bahkan harga tiketnya lebih murah ke Kuala Lumpur daripada ke Jakarta,” katanya

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here