Aveta Malaysia bakal lancar dua model VTM250 9 Oktober ini

175

Aveta Malaysia, selaku syarikat tempatan, pemasang dan pengedar motosikal jenama Aveta bakal memperkenalkan dua model baharu ke pasaran tempatan pada 9 Oktober depan.

Kedua-dua jentera VTM250LX dan VTM250M dikesan sedang menjalani ujian enduran sekitar Rawang, baru-baru ini.



Dibangunkan untuk kegunaan adventure dan touringVTM250LX memiliki penampilan lasak dengan jarak kelegaan tanah lebih tinggi serta dilengkapi tayar dua kegunaan.

Manakala, VTM250M yang lebih sesuai untuk kegunaan atas jalan biasa tampil dengan rekaan lebih anggun dan ketinggian pelana lebih rendah. Walaupun masih memegang DNA pengembaraan, ia ideal untuk tunggangan dalam bandar dan jarak jauh. 

Kedua-duanya berkongsi janakuasa yang sama menggunakan enjin 250cc penyejukkan minyak SOHC berkuasa 19hp @ 8,500rpm dan tork 18Nm @ 6,500rpm bersama transmisi 6-kelajuan manual.

Casis semi double cradle disokong dengan suspensi terbalik di depan dan monoshock boleh laras (belakang) bersama brek cakera pada kedua-dua tayar. 

Dimensi jentera pula didatangkan dengan panjang 2,135mm, lebar (800mm) dan tinggi (1,195mm) serta jarak roda (1,385mm) dan tinggi pelana 908mm.

Jentera dengan berat 125kg itu dipadankan dengan kapasiti tangki minyak bersaiz 8 liter. 

ARTIKEL LAIN 

Cikgu Ben Zaid kongsi ride pertama Aveta Ranger Max Explorer pembukaan sesi persekolahan 2024

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here