[ Video] Rempuh lapan kenderaan, pemandu wanita acu pistol ke arah pelancong asing

175

Seorang pemandu wanita mengamuk lalu merempuh lapan buah kenderaan dan mengancam tiga pelancong yang berada di dalam Tuk-Tuk pada kejadian di persimpangan Jalan Utara Sathorn, daerah Sathorn, Bangkok, Thailand.

Suspek yang dikenali sebagai Wiphanee, 28 itu mendakwa berasa paranoid dan mempercayai seseorang cuba mencederakan dirinya.



Selepas melanggar sebuah teksi, dia bertindak keluar dari kenderaannya lalu mengacukan pistol ke arah pelancong asing di dalam Tuk-Tuk.

Menerusi video yang beredar, pelancong dan pemandu Tuk-Tuk dalam keadaan panik berlari meninggalkan kenderaan tersebut. 

Insiden itu berlaku pada petang 25 September lalu apabila polis trafik berhampiran St. Joseph’s Convent School menerima araha melalui radio untuk memintas sebuah Toyota yang melarikan diri dari lokasi kemalangan selepas merempuh beberapa kenderaan.

Kereta suspek ditemui di kaki lima setelah tersekat dan mengalami kerosakan akibat perlanggaran.

POLIS TEMUI PISTOL 9MM

@3plusnews

คนขับโบลต์คลั่งก่อเหตุชนดะ 8 คันรวดบน ถ.สาทร ก่อนคว้าปืนไล่ยิงนักท่องเที่ยวโชคดีไม่มีลูก เจ้าตัวรับสติแตกคิดว่าจะมีคนมาทำร้าน #3PlusNews #ข่าวช่อง3 #ข่าวอาชญากรรม #คลั่ง #โบลต์ #กรุงเทพ #สาทร #นักท่องเที่ยว

♬ Epic – DM Production

Pihak polis dari balai Thung Maha Mek menahan suspek dan menemui pistol 9mm automatik tanpa peluru. 

Setelah ditahan, suspek yang masih dalam keadaan tertekan bertindak memukul seorang pegawai trafik menyebabkannya mengalami kecederaan ringan.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sebilah pisau tajam di bawah tempat duduk pemandu, serta dokumen berkaitan senjata api yang dibeli baru-baru ini.

Suspek mendakwa membeli senjata api itu dengan harga THB 25,000 (RM3,181) melalui pemindahan tidak berdaftar, baru-baru ini dan masih belum didaftarkan di bawah namanya.

Saudara suspek memaklumkan kepada polis bahawa wanita itu mengambil ubat penenang sebelum meninggalkan rumahnya dan mempunyai sejarah rawatan psikiatri di Hospital Somdet Chaopraya. 

HALUSINASI  BERASA DIANCAM

Sementara itu, hasil siasatan polis mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu Bolt itu keluar untuk menjemput rakannya di Hua Lamphong dari Ratchaphruek Road, Thonburi.

Ketika wanita itu menghampiri bangunan Kronos, keretanya kemalangan dengan sebuah Honda yang membuat pusingan U secara mengejut. Selepas kemalangan itu, dia hilang kawalan secara fizikal dan mental lalu percaya dirinya diancam.

Susulan itu, suspek merempuh kenderaan lain sebelum mengancam pelancong asing itu dengan pistol. 

Suspek kini menghadapi pertuduhan memiliki senjata api tanpa permit, membawa senjata api di khalayak ramai tanpa kebenaran dan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here