Penjenayah warga Vietnam sasar premis simpan peti kebal

73

Polis mengesahkan dua lelaki yang ditemb4k mati ketika cuba memecah masuk sebuah kilang di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai awal pagi tadi merupakan suspek dikehendaki dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kedua-dua suspek warga Vietnam yang masing-masing berusia 38 dan 39 tahun itu aktif dalam kegiatan pecah pejabat sejak 2017.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu sepasukan polis Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang terserempak dengan Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.



“Suspek mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menjumpai dua bilah parang serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah dan premis manakala kereta itu turut disita untuk siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua penjenayah itu menyasarkan premis kilang dan pejabat yang berpotensi memiliki aset besar dan peti kebal untuk menjana pendapatan lumayan.

“Kita juga sedang mengesan sama ada wujudnya dalang atau orang dalam premis atau sebaliknya. Dengan tertumpasnya dua suspek ini, kita berjaya menyelesaikan enam kes pecah premis di negeri ini dan lima kes di Kedah melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM317,700,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here