Motor rosak total, Marquez salahkan marsyal guna pemadam api tidak sesuai

1240

Marc Marquez gagal menamatkan perlumbaan GP Indonesia (2024) di Litar Mandalika, Lombok pada Ahad.

Enjin Ducati itu meletup di tengah-tengah perlumbaan dan beliau menyalahkan marsyal akibat kerosakkan total pada motor lumbanya.



Marquez, juara dunia lapan kali, naik seketika daripada kedudukan ke-12 menyertai pertarungan enam teratas pada separuh masa pertama. Namun, pada pusingan ke-12, enjin GP23 miliknya meletup ketika posisi ke-7. 

Marquez lalu menghentikan jenteranya di tepi dan melihat asap putih. Pelumba pasukan satelit, Gresini Racing itu berkata kerosakan GP23 miliknya diburukkan lagi apabila marsyal tidak menggunakan peralatan pemadam api yang sesuai bagi mengendalikan kebakaran.

“Sudah tentu ada bunyi kuat di dalam motosikal dan enjin juga mati. 

“Tetapi sebaik melihat asap putih itu, saya segera memeriksanya, dan malangnya ia juga datang dari alat pemadam api yang tidak sepatutnya, dan motosikal juga rosak sepenuhnya termasuk brek,” katanya. 

BAIK PULIH LIBAT KOS TINGGI 

Marquez kecewa atas insiden berkenaan kerana bakal melibatkan kos yang tinggi bagi pasukan persendirian. 

“Namun, satu perkara yang perlu dipertimbangkan ialah alat pemadam api mestilah yang betul, atau teknologi terkini kerana jika tidak, anda boleh memusnahkan motosikal itu,” jelasnya. 

Kegagalan untuk menamatkan perlumbaan ini menyebabkan Marquez ketinggalan 78 mata di belakang pemenang GP Indonesia, Jorge Martin yang kini mendahului kedudukan. 

Walaupun berasa sedih, Marquez mengulangi bahawa semua sasarannya untuk 2024 telah tercapai.

“Ya, sebab itu sudah tentu hari ini (Ahad) saya sedih,” katanya mengenai harapan gelaran yang semakin pudar.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here