Perompak larikan Toyota Alphard depan mata, polis jalankan siasatan

19

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kecurian sebuah Toyota Alphard selepas video kejadian itu tular di TikTok pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata menerima laporan berkaitan kejadian curi kereta yang berlaku di Jelapang, Ipoh pada jam 4.19 pagi, Ahad lalu.

@farrahouz1

Mohon viralkan.. perompak kereta tak takut even owner nampak kerja merompak dorg. Special attention to Alphard/ Wellfire/ Raptor. Perompak daring gila.

♬ Late Night Vibe – Rude Boy



“Siasatan awal mendapati pengadu berumur 43 tahun mendapati Toyota Alphard berwarna hitam yang diparkir di dalam kawasan pagar rumah dicuri oleh seorang lelaki.

“Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalah mencuri kenderaan motor,” katanya menerusi kenyataan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pusat kawalan daerah (DCC) Ipoh di 05-2542222 atau balai polis berhampiran.

Menerusi perkongsian akaun TikTok Wafa Izham, kejadian tersebut berlaku pada jam 3.50 pagi, semalam. 

“Kereta kami dicuri dengan mudah. Gate arm dibuka, unlocked kereta guna alat remote mereka dan tak takut langsung even kami dah bunyikan alarm dan menjerit.

“Perompak tekad hidupkan enjin within 5-7 mins (quite long) instead of lari bila kami menjerit. Kami tak berani keluar takut perompak ada geng tunggu diluar atau ada pistol. Speechless,” tulinya pada video. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here