Semak kelayakan dahulu, ingat perlu pegang lesen B2/B1 secara aktif minimum 10 tahun

53
Pemegang lesen Kelas B2/B1 boleh membuat semakan kelayakan Program Khas Peralihan (PKP) kepada Kelas B melalui aplikasi MyJPJ, portal mySIKAP awam atau kaunter JPJ.
 
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata  ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan tiada lagi permohonan baharu bagi mendapatkan LMM Kelas B1 di Institusi Memandu (IM).
 
“Sekiranya layak , mereka boleh membuat permohonan dan mengikuti program tersebut di mana-mana Institut Memandu yang terpilih di seluruh negara bermula 1 Oktober 2024.
 
“Pihak JPJ juga ingin memaklumkan, kadar siling fi kepada institut memandu bagi program khas ini ialah RM160 merangkumi pendaftaran dan insurans pelajar, kursus peralihan dan penyesuaian (2 Jam), fi perkhidmatan (termasuk sewaan kenderaan dan litar) dan fi ujian JPJ,” katanya.
 
Proses pengambilan Program Khas Peralihan Kelas B – Sumber JPJ Malaysia.

Selain itu, kelas B2/ B1 kepada B dan pemegang lesen hendaklah membuat pengesahan kendiri kesihatan tubuh badan, fizikal, minda semasa pendaftaran di IM. 

Maklumat lanjut berhubung Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Kelas B2/ B1 Kepada LMM Kelas B layari laman web JPJ. 

INFORMASI SYARAT PERLU DIPENUHI PADA ARTIKEL DI BAWAH


Pemegang lesen B1 dan B2 minimum 10 tahun boleh naik kelas B, perlu bayar RM160

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here