Masalah CEPS, BYD China panggil balik Dolphin dan Atto 3…pasaran Malaysia tidak terkesan

78

BYD memanggil balik 100,000 unit kereta elektrik (EV) susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Kempen panggil balik itu melibatkan 96,714 unit BYD Dolphin dan Yuan Plus (Atto 3) di China bermula 30 September 2024 susulan risiko kebakaran, menurut kenyataan di laman web Pentadbiran Negara bagi Peraturan Pasaran (SAMR) China. 



Panggil balik itu melibatkan dua kumpulan syarikat di bawah BYD iaitu :

  • BYD Auto Industry Co Ltd memanggil balik  87,762 unit Dolphin and Yuan Plus keluaran 4 Februari 2023 dan 26 Disember 2023.
  • BYD Auto Co Ltd pula melibatkan 8,952 unit Yuan Plus keluaran 2 November 2022 dan 19 Jun 2023.

BYD berkata ia disebabkan proses pembuatan pengawal Column-Assist Electric Power Steering (CEPS),  kapasitor pada papan litar pengawal berisiko mengalami rekahan mikro, menurut kenyataan itu.

Ketika penggunaan kenderaan, rekahan mikro kapasitor mungkin mengembang dan mencetuskan litar pintas yang boleh menyebabkan kapasitor menjadi terlalu panas dan terbakar atau mencetuskan api.  

Susulan itu, pihak wakil jualan akan memasang semula kenderaan dengan gasket penebat pengawal secara percuma. 

Panggil balik terakhir BYD adalah pada 30 April melibatkan 16,666 unit Seagull di China kerana isu perisian yang boleh menyebabkan kegagalan paparan imej pada kamera undur.

MODEL BYD MALAYSIA TIDAK TERLIBAT

Sementara itu, pengedar rasmi BYD di Malaysia, Sime Darby Motors menyatakan model jualan tempatan tidak terkesan dengan kempen panggil balik tersebut. Ia hanya melibatkan model BYD di pasaran China. 

“Pengumuman itu menyatakan BYD Auto Industry Co. Ltd. dan BYD Automobile Co. Ltd. memanggil balik model tertentu EV Dolphin dan Yuan PLUS keluaran tempatan.

“Kumpulan dan model yang dipanggil balik dalam wilayah tanah besar China tidak merujuk kepada pasaran di luar wilayah China,” tulis kenyataan tersebut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here