Piaggio MP3 310 terima kemas kini, enjin kini patuh Euro5

164

Piaggio mengemaskini skuter maxi tiga roda MP3 310 (2025) yang kini menerima penggayaan mirip varian 400 dan 530. 

Piaggio 310 turut menerima enjin baharu yang mematuhi regulasi Euro5. Skuter itu dilengkapi dengan enjin 310cc berbanding 278cc sebelumnya berkuasa 26hp @ 7500rpm dan tork 27.5Nm @ 6,000rpm.



Di samping itu, penggayaan hujung depan diubahsuai menjadi lebih lebar sesuai dengan peranannya sebagai pengangkutan bandar.

Lampu depan juga kini menerima ciri LED penuh dengan gril honeycomb kecil di bahagian bawah mirip wajah tersenyum. 

Ciri peralatan baharu yang lain termasuklah visor depan lebih lebar, rim aloi 5-jejari, serta ekor baharu yang diperkemas dan lampu belakang LED penuh.

Teknologi selanjutnya termasuk instrumentasi LCD, sistem hidup enjin tanpa kunci dan pelana penunggang lebih selesa serta ruang simpanan di bawah yang boleh memuatkan helmet muka penuh. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here