Kawasaki perkenal versi kemas kini Ninja 1100SX (2025)

15

Kawasaki mengemas kini Ninja 1000SX model tahun 2025 bagi memenuhi regulasi Euro5+ sekaligus meningkatkan kapasiti enjin.

Sementara, versi SE didatangkan dengan peralatan lebih tinggi misalnya lengkap dengan brek Brembo dan komponen suspensi Öhlins.



Sport tourer berkenaan bakal tiba di pusat jualan Kawasaki Eropah bermula Disember ini pada harga bermula daripada GBP 12,249 hingga GBP 13,999 (RM68,075-RM77,800) yang mana kedua-duanya memiliki ketinggian pelana 835mm.

Kedua-dua motosikal pada asasnya kelihatan sama dengan 1000SX sedia ada kecuali lapisan cat baharu dan kemas kini enjin daripada 1,043cc penyejuk cecair kepada 1099cc  baharu.

Kawasaki mendakwa ia menghamburkan kuasa 134.1bhp @ 9,000rpm dan tork 113Nm @ 7,6000rpm bersama kotak gear 6-kelajuan lengkap dengan gear lima dan enam lebih panjang.

Ditambah pula dengan quickshifter yang boleh dioperasi pada serendah 1,500rpm. Kemudian, Ninja 1000SX dipadankan dengan tangki minyak 19-liter bersama casis tiub berkembar aluminium.

Ciri peralatan elektronik standard termasuklah kawalan traksi, sistem brek anti kunci (ABS) selekoh, mod power dan kawalan kruise.

Selain itu, jentera juga boleh disambungkan kepada aplikasi Kawasaki Rideologi yang kini menggunakan pengaktifan suara. 

Turut tersedia port pengecas USB jenis C pada bar hendal. Model SX didatangkan dengan visor angin boleh laras dan beg simpanan boleh tanggal.

Versi SE pula mendapat kaliper brek Brembo M4.32 (depan), master silinder dan brek cakera Brembo dan hos brek keluli. Turut tersedia penyerap hentak belakang Ohlins S46 dengan pelarasan pra beban kawalan jauh.

Kedua-dua model menggunakan tayar jenis sport touring Bridgestone Battlax S23 bersama rim 17-inci. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here