Pandu sambil tengok phone, YouTuber terbabit kemalangan dalam McLaren 570S

491

Seorang YouTuber terbabit dalam satu kemalangan ketika memandu laju supercar McLaren 570S di Miami, Florida baru-baru ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik, Jack Doherty didapati memandu supercar miliknya pada kelajuan melebihi 60 batu sejam (100 km/j) atas jalan yang basah.

Pempengaruh itu juga berani memandu dalam keadaan sebelah tangan memegang peranti pintar dan dalam masa yang sama membuat penstriman langsung di platform Kick.



Supercar tersebut kemudian hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh penghadang lebuh raya.

Mujur kemalangan tersebut tidak melibatkan kenderaan lain.

Namun begitu, Jack Doherty tetap dikritik keras netizen kerana memaksa jurugambar yang sudah cedera dan berdarah di kepala untuk meneruskan rakaman selepas kemalangan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here