‘Mowgli Malaysia’ buka bengkel motosikal

190

Muhammad Syukur Khamis, 19 yang mendapat julukan Mowgli Malaysia mula berjinak dalam bidang automotif dengan mengusahakan bengkel motosikal di Kampung Banggol Katong, Terengganu.

Dikenali sebagai ‘budak kerbau’, Syukur berkata bengkel berkenaan diusahakan bersama abangnya Muhammad Alias Khamis, 34 pada Jun lalu setelah menamatkan kursus selama enam bulan dalam bidang Teknologi Motosikal di Pusat Giat Mara Kuala Telemong, Hulu Terengganu.



Beliau berkata minat terhadap motosikal berkuasa tinggi mendorongnya berkecimpung dalam bidang tersebut dengan cita-cita untuk memiliki sebuah bengkel yang canggih dan berteknologi tinggi suatu hari nanti.

“Bengkel ini sebenarnya dibuka empat tahun lalu. Tetapi selepas abang menjadi tenaga pengajar di Giat Mara Kuala Telemong, dia tidak sempat menguruskan bengkel kerana kekangan masa.

“Dia minta saya belajar membaiki dan ambil alih menguruskan bengkel. Bagaimanapun, dia tetap datang membantu pada waktu malam dan lebih fokus kepada motosikal berkuasa tinggi,” katanya.

Walaupun siubuk menguruskan bengkel, Syukur tetap membantu bapanya menguruskan ternakan termasuk kerbau, kambing dan lembu.

Menurutnya, haiwan ternakan tersebut merupakan kawan baik dan hatinya tidak tenang sekiranya tidak dapat meluangkan masa bersama mereka.

“Sebelum memulakan kerja di bengkel, saya akan pastikan semua ternakan diberi makan. Begitu juga selepas selesai kerja pada waktu petang.

“Saya akui aktiviti bersama mereka (haiwan ternakan) agak terbatas berbanding dahulu, namun saya cuba mencari masa sesuai kerana ia adakah sumber ketenangan diri,” katanya yang memiliki 80 ekor kerbau, 30 kambing dan tiga lembu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here