Pihak penganjur Honda Day Malaysia (2024) menggantikan hadiah cabutan bertuah utama Honda Accord SM4 dengan BMW F30.
Penghantaran kereta itu dilakukan menerusi siaran langsung akaun rasmi TikTok grup berkenaan.
Pada video berkenaan, pihak penganjur turut menyatakan rasa terkilan dengan keadaan hadiah tersebut lalu mengambil inisiatif mencari semula pemenang.
“Kecaman ini saya ambil sebagai teguran untuk saya perbaiki lagi masa akan datang,” katanya.
Menerusi akaun Facebook pihak penganjur yang dikenali sebagai Rey Ampang, dia memohon maaf atas perkara yang berlaku.
“Lagi sekali saya dan semua crew Honda Day Malaysia memohon ampun dan maaf kepada semua pihak dan saya harap agar semua pihak bagi sedikit ruang untuk kami perbetulkan kesilapan dan kelemahan saya,” tulisnya di akaun Facebook.