Proton Iriz terbakar ketika curi 30 tandan kelapa sawit

191

Sepasang suami isteri bukan sahaja tidak sempat merasa hasil 30 tandan sawit yang disyaki dicuri malah mengalami kerugian selepas Proton Iriz dinaiki terbakar di Kampung Bukit Kepok Merlimau, Jasin, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden, Ahmad Jamil Radzi berkata, kereta pasangan suami isteri itu terbakar selepas terbabas akibat membawa muatan kelapa sawit berlebihan yang dipercayai dicuri berdasarkan penemuan sebilah sabit berhulu besi dengan panjang kira-kira 3.6 meter.

Menurutnya, kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya selepas menerima aduan daripada seorang anggota polis bantuan yang mendapati kesan pokok sawit dipotong sebanyak 21 pokok dengan anggaran 30 tandan buah bernilai sekitar RM500.



Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek disyaki melarikan tandan sawit itu di ladang milik syarikat Sd Guthrie Sd Guthrie Ladang Merlimau Devision sebelum kenderaan yang dinaiki mereka terbakar.

“Berdasarkan maklumat pengadu, dia mendapati di lereng sempadan terdapat kesan yang mencurigakan.

“Dia kemudian membuat pemeriksaan dalam parit sempadan terdapat biji sawit lerai namun tidak terdapat tandan sawit sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Tambahnya hasil semakan mendapati suspek lelaki berusia 26 tahun itu mempunyai lima kes rekod lampau berkaitan jenayah dan satu kes narkotik manakala isterinya, 25 turut mempunyai rekod lampau dua kes masing-masing jenayah dan narkotik.

Suspek kini direman masing-masing empat hari bagi suspek lelaki dan tiga hari bagi suspek wanita bermula Rabu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here