Lebih 6,000 terkorban setiap tahun, hampir 70 peratus libat penunggang motosikal

74

Lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan setiap tahun dengan purata satu nyawa terkorban akibat nahas berkenaan bagi setiap 80 minit, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Hasbi berkata kemalangan paling kerap berlaku dan membimbangkan adalah melibatkan pengguna motosikal dengan hampir 70 peratus daripada jumlah berkenaan.

Beliau berkata jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan di negara ini pada tahun lepas juga mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 799,000 kenderaan.



“Untuk mencapai matlamat pengurangan 50 peratus jumlah kematian akibat nahas jalan raya menjelang 2030, aliran transformasi melalui pemanduan merupakan strategi utama bagi mencegah kemalangan iaitu dengan cara menjadikan kecekapan pemandu atau pengguna mematuhi peraturan keselamatan jalan raya pada tahap optimum.

“Justeru, pelbagai inisiatif yang mampu mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian secara signifikan dalam masa singkat dilaksanakan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Institut Memandu (IM) di negara ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Tadbir Urus Institut Memandu Malaysia 2024 bertemakan ‘Integriti Latihan Pemanduan Pemacu Keselamatan Jalan Raya’ yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here