Nissan Skyline GT-R R32 ori dicuri dari HQ Nissan Australia

1607

Nissan Skyline GT-R R32 merupakan antara kereta sports ikonik yang sedang diburu oleh para peminatnya, dengan nilai jual semula yang mampu menguntungkan sesetengah pihak.

Disebabkan nilainya yang tinggi di pasaran, kereta sports ini juga turut menjadi sasaran utama golongan penjenayah.

Laman News.com.au melaporkan sebuah unit GT-R R32 berwarna merah telah berjaya dibawa lari daripada ibu pejabat Nissan di Melbourne.



Nissan Skyline GT-R tahun 1991 itu memiliki nombor pendaftaran Victoria GTR 091, dengan spesifikasi standard kilang tanpa sebarang ubahsuai.

Pada ketika ini, kereta sports itu dianggarkan bernilai AU$250,000 (RM722,620).

Nissan Australia kini bekerjasama dengan pasukan polis Victoria untuk menjejak R32 tersebut dan meminta orang ramai supaya menyalurkan informasi berhubung kejadian tersebut.

Menurut laporan, GT-R R32 itu merupakan satu daripada 100 unit GT-R yang diedarkan untuk pasaran Australia antara tahun 1989 hingga 1994, sebelum ia dibeli oleh HQ Nissan pada tahun 2015.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here