Empat maut dalam insiden Tesla terbakar

711

Pemandu dan tiga penumpang Tesla maut selepas kereta elektrik (EV) itu terbakar di luar bandar Niort, Perancis, Sabtu pada kira-kira jam 10.45 malam (waktu tempatan).

Ketika pihak penyelamat tiba di lokasi kejadian, mangsa yang merupakan pekerja di sebuah restoran di Melle telahpun meninggal dunia. 



Menurut laporan awal, kenderaan itu merempuh beberapa papan tanda jalan pada kelajuan tinggi dan punca kebakaran masih masih dalam siasatan. 

Seorang hakim tempatan berkata kertas siasatan telahpun dibuka bagi mengenalpasti punca kemalangan maut itu. 

Tesla, yang diasaskan oleh Elon Musk, sering berdepan isu keselamatan.

Pada bulan April, pengeluar kereta itu memberi pampasan kepada keluarga seorang jurutera yang terbunuh apabila Tesla Model X terhempas di Silicon Valley pada 2018 sebagai salah satu langkah menyelesaikan kes di luar mahkamah. 

Mangsa yang memandu di lebuhraya California menggunakan ciri autopilot Tesla apabila kereta itu merempuh penghadang jalan konkrit, menurut tuntutan mahkamah.

Pada bulan Disember, Tesla menarik balik lebih dua juta kenderaan di Amerika Syarikat dan Kanada susulan penemuan isu keselamatan berkaitan perisian autopilot dan potensi peningkatan risiko perlanggaran, menurut pengawal selia Amerika.

Di United Kingdom, isu kebakaran meibatkan bateri litium-ion pada produk seperti e-motosikal, e-skuter dan EV semakin meningkat. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here