Pelancong boleh tempah perkhidmatan teksi ninja di lapangan terbang Jepun

27

Sebuah syarikat teksi di Jepun menjadi perhatian ramai kerana menawarkan perkhidmatan pemandu ninja atau pengawal peribadi dengan bayaran tambahan sebanyak 5,000 yen (RM140), lapor laman berita South China Morning Post.

Menurut syarikat Sanwa Koutsu, tawaran itu dibuka kepada orang ramai yang mahukan pemandu berperanan sebagai pengawal peribadi untuk mengiringi mereka dengan muka tegas dan tanpa ekspresi.

“Pemandu akan berpakaian sut dan cermin mata hitam seperti yang sering kita lihat dalam filem Hollywood.



“Mereka juga akan berpura-pura berkomunikasi dengan ‘ibu pejabat’ keselamatan menggunakan walkie-talkie untuk melaporkan laluan sepanjang perjalanan,” kata syarikat itu.

Selain itu, penumpang juga boleh menikmati perkhidmatan pemandu yang berpakaian seperti ninja sambil membawa pisau lempar shuriken palsu.

Jurucakap Sanwa Koutsu berkata, perkhidmatan itu disediakan secara berulang-alik ke lapangan terbang.

“Kami percaya bahawa pelancong yang datang ke Jepun akan teruja melihat ‘ninja’ menunggu mereka di lapangan terbang,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here