“Boleh cakap elok-elokkan, kalau penat jangan kerja,” wanita kesal ditengking kakitangan terminal bas

202

Seorang wanita kesal dengan sikap kakitangan sebuah terminal bas di Shah Alam yang dikatakan bertindak biadap.

Berdasarkan video yang dikongsi, wanita itu tidak berpuas hati dengan layanan kakitangan tersebut yang dikatakan tidak mesra pelanggan. 

Gambar hiasan

Wanita itu mendakwa lelaki berkenaan menjawab dengan cara kasar walaupun dia bertanya dengan cara baik. 



“Saya tanya baik-baik. Ini bas pergi mana?,” kata wanita di sebelah perakam.

“Tengking-tengking pula, saya tak tanya apapun, saya tunjuk tiketje. Tiba-tiba tanya ni pukul berapa..ni pukul berapa.

“Boleh cakap elok-elok, kan? Kalau penat, jangan kerja! Kau duduk rumah,” kata perakam.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, perakam wanita itu meminta lelaki berkenaan mendiamkan diri. 

“Dahla pakcik, diamlah pakcik, bisinglah semaklah dengar,” katanya.

Kelihatan seorang lagi pemuda dipercayai pekerja di terminal berkenaan cuba meredakan keadaan. 

Susulan perkongsian tersebut, kebanyakan pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman yang sama dan meminta pihak pengurusan memperbaiki servis pelanggan. 

“Terminal 17 memang problem , aku just tanya “maaf nak tanya, bas itu ini tak sampai lagi en,” lepas tu dia respon “awak ada nampak tak bas tu dah sampai”.

“Kak anda tak keseorangan, kita pun pernah kak tengok membe hampir nak bergaduh sebab mulut abang ni.”

“Pernah kene jugak smpaikan dia cakap “kalau nak cepat gi beli kereta sendiri, tayah nak naik bas. Orang naik bas ni untuk orang yang takda kereta”. Terasa..sampai 4 jam tunggu bila ditanya, cakap gitu pulak.”

“Saya pun pernah kena tengking ngan pakcik ni, padahal nak balik poli je.” 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here