Perodua bakal lancar Myvi Gen 4 tahun depan?

367

Perodua Myvi berasaskan generasi pertama Daihatsu Boon M300 yang melakukan debut sulungnya pada 2005.

Kemudian, versi naiktaraf generasi pertama dikeluarkan pada Ogos 2008 menerusi penambahbaikan luaran, dalaman dan peralatan baharu.

Lakaran bayangan Theottle

Pada Jun 2011, Perodua mengeluarkan generasi kedua denga tagline ‘Lagi Best’. Pembangunan berasaskan Daihatsu Boon M600, Myvi Lagi Best itu tampil dengan naiktaraf signifikan termasuklah kemaskini trenkuasa 1.3 dan 1.5 liter.  



Empat tahun kemudian, versi facelift diperkenalkan. Pada 2017, Perodua melancarkan generasi ketiga Myvi yang mana ia merupakan rekaan tempatan sepenuhnya tanpa berasaskan Daihatsu Boon mahupun Toyota Passo.

Myvi versi facelift generasi ketiga diperkenalkan dua tahun lalu dan setelah hampir tujuh tahun seiring dengan signifikan kitaran produk, dipercayai Perodua sedang membangunkan generasi keempat hatchback kompak itu.

Menurut laporan rakan media Funtasticko, model dengan kod D01D itu bakal menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Ia dipercayai bakal dilancarkan tahun depan yang mana hatchback popular Perodua itu akan menggunakan tiga pilihan enjin iaitu 1.3 liter dan 1.5 liter aspirasi semulajadi (NA) serta 1.5 liter hibrid.

Versi hibrid akan berkongsi rangkaian kuasa Hybrid Electric Vehicle (HEV) baharu bersama Toyota Yaris Cross, iaitu 1.5 2NR-VEX bersama motor elektrik.

Difahamkan, rekaan Myvi serba baharu itu akan mendapat sentuhan pereka tempatan seperti mana pembangunan generasi ketiga.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here