Hot Wheels hasilkan jentera F1 skala 1:64, mula jual tahun depan

91

Hot Wheels mengumumkan kerjasama terbaharu dengan sukan berprestij Formula Satu (F1) untuk menghasilkan koleksi jentera lumba F1 berskala 1:64.

Setiap jentera F1 bersaiz kecil itu akan didatangkan dengan tiga set tayar Real Rider berjenama Pirelli, lengkap dengan rak khas untuk meletakkan tayar simpanan.

Untuk permulaan, Hot Wheels akan menghasilkan jentera F1 dengan kemasan badan warna putih dengan liveri khas Hot Wheels, logo F1, serta nombor 68 pada bahagian hidung jentera, menandakan tahun pelancaran jenama diecast tersebut.



Kereta F1 ini akan mula dijual pada tahun hadapan dengan harga bermula dari $25 (RM108).

Selain daripada liveri kosong ini, Hot Wheels juga akan menghasilkan beberapa liveri mewakili pasukan F1 yang sebenar, serta beberapa produk yang berkaitan.

Kita mungkin dapat melihat lambang Petronas terpampang pada produk F1 daripada Hot Wheels ini kelak. Apa komen anda?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here