Brembo beli syarikat suspensi Öhlins Racing, kos RM1.7 bilion

204

Brembo baru-baru ini mengumumkan pemerolehan syarikat pengeluar suspensi Öhlins Racing dengan kos $405 juta (RM1.7 bilion) daripada syarikat induknya Tenneco.

Sekiranya pembelian ini memenuhi semua kelulusan kawal selia, ia bakal menjadi pembelian terbesar Brembo di dalam sejarah, sekaligus mengembangkan lagi penawaran syarikat brek tersebut dalam pasaran prestasi automotif.

Öhlins Racing ditubuhkan pada tahun 1976 di Stockholm, dan kini mempunyai dua fasiliti pengeluaran yang terletak di Sweden dan Thailand, selain dua pusat R&D dan empat fasiliti pengujian di Sweden, Thailand, Jerman dan Amerika Syarikat.



Syarikat pengeluar brek dari Itali itu kini mempunyai beberapa jenama terkemuka di bawah portfolionya termasuklah AP Racing, Marchesini, J.Juan, dan SBS Friction.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here