Dua wanita daripada 39 peserta menamatkan pengijazahan Juruteknik Bertauliah MG

58

SAIC Motor Malaysia mengumumkan kejayaan pengijazahan 39 Juruteknik Bertauliah MG, yang kini bersedia memberikan perkhidmatan selepas jualan dengan kualiti dan kecekapan tertinggi. 

Pencapaian itu bukan sahaja menjanjikan kepuasan pelanggan, tetapi meningkatkan keyakinan mereka terhadap kenderaan MG di seluruh Malaysia.



Program latihan itu direka untuk kedua-dua teknologi Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan Kenderaan Elektrik (EV), dengan kerjasama jurulatih serta akademi tempatan yang berpengalaman. 

Modul dan sukatan pelajaran diambil daripada pasaran luar negara di mana SAIC beroperasi, memastikan juruteknik kami dilengkapi dengan pengetahuan terkini dan piawaian yang tinggi.

Beberapa bulan terdahulu, SAIC Motor International menjemput SAIC Motor Malaysia untuk menyertai inisiatif latihan global bagi model MG4 dan ZS EV di Shanghai, serta MG5 dan MG HS di Thailand. 

Inisiatif berkenaan memberikan pensijilan kepada juruteknik membabitkan kemahiran penting untuk menyelenggara dan membaiki kenderaan MG terkini di seluruh dunia.

 

Dengan peningkatan ketara dalam penggunaan EV di Malaysia, dua penasihat perkhidmatan wanita adalah antara 39 graduan yang menunjukkan peranan penting juruteknik EV. 

Latihan khusus ini tidak hanya memberi tumpuan kepada teknologi model kereta baharu, malah juga mempersiapkan peserta menghadapi cabaran masa depan dalam industri automotif. 

SAIC Motor Malaysia komited untuk menghantar juruteknik ini untuk latihan yang lebih mendalam, merangkumi bidang utama seperti EV dan Teknologi Bateri Voltan Tinggi, serta peningkatan kemahiran dari Junior Tech ke Master Tech.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, latihan dan perkhidmatan adalah aspek penting dalam pengalaman pelanggan, terutamanya dalam peningkatan kenderaan elektrik di Malaysia.

“Kami berdedikasi untuk membina tenaga kerja yang mahir yang dapat memenuhi jangkaan pelanggan. 

Komitmen kami untuk menyediakan sokongan selepas jualan berkualiti tinggi akan menanam keyakinan pelanggan kami ketika mereka beralih kepada kenderaan inovatif MG,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here