Tanah runtuh Taman Melawati, polis arah penghuni 20 rumah berpindah

40

Sebuah kereta mengalami kerosakan akibat terkena runtuhan tanah dan sebuah kabin pengawal terbalik akibat tanah runtuh di Jalan E6 Taman Melawati, Ampang pagi tadi.

Susulan kejadian itu, polis turut mengarahkan penghuni 20 rumah di Taman Melawati mengosongkan kediaman masing-masing.



Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Mohd Azam Ismail berkata kesemua penduduk yang terkesan dengan kejadian diarahkan berpindah ke Dewan Serbaguna Jalan E5 Taman Melawati buat masa ini.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pihak berkuasa menerima maklumat mengenai kejadian tanah runtuh di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6 Taman Melawati pada 10.30 pagi yang menyebabkan 20 rumah teres terputus hubungan dengan laluan utama,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan sepasukan enam anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan pada 11.42 pagi.

“Pasukan mendapati berlaku runtuhan tanah di lereng bukit berkeluasan 20×20 meter serrta runtuhan berketinggian 30 meter namun kejadian tidak melibatkan mangsa serta kediaman.

“Tetapi masih berlaku pergerakan tanah di kawasan itu,” katanya dalan satu kenyataan.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here