Kastam Perlis rampas tiga kereta termasuk Porsche Cayman bernilai RM1.1 juta

155

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis menyita tiga kereta termasuk sebuah model mewah bernombor pendaftaran Pulau Bebas Cukai iaitu Langkawi bernilai RM1.1 juta kerana dipercayai berada di Kawasan Utama Kastam (KUK) melebihi 90 hari tanpa kebenaran.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata tiga kereta berkenaan disita dalam pemeriksaan berasingan termasuk Mazda 2.0 Sedan Skyactiv dianggarkan bernilai RM50,000 dan cukai RM78,500 pada 1 tengah hari, 26 September lalu.



“Pada hari sama, sebuah Toyota Camry disita pihak Kastam dianggarkan bernilai RM55,000 dan cukai RM86,570 dalam pemeriksaan lebih kurang 3.30 petang.

“Pemeriksaan terhadap dua kereta ini dilakukan di Pejabat Kastam Cawangan Penguatkuasaan Kuala Perlis,” katanya.

Tambah beliau, sebuah Porsche 982 Cayman GT4 RS dianggarkan bernilai RM1 juta dan cukai RM1.9 juta turut disita pada 1 Oktober lalu pada jam 6.20 petang.

Siasatan awal mendapati kesemua kereta disyaki berada di KUK melebihi tempoh yang dibenarkan di bawah Butiran 14, Bahagn 1, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here