Baru beli dua hari, Mercedes-Maybach bocor dan keluarkan bunyi dalam kabin

96

Sebuah video tular menunjukkan seorang pemilik Maybach menggunakan kanvas tarpaulin tiga warna bagi menutupi bumbung SUV mewah itu.

Tindakan itu diambil sebagai tanda protes terhadap pihak pengeluar gara-gara tiang A kereta miliknya bocor dan kabin mengeluarkan bunyi selepas dua hari dibeli.



Pemilik kesal kerana kereta bernilai CNY2.15 juta (RM1.3 juta) itu mengalami isu defek, bahagian dalam yang mengeluarkan bunyi bukan sahaja menjejaskan pengalaman pemanduan tetapi juga menimbulkan kebimbangan tentang kualiti keseluruhan kenderaan.

Menurut keterangan video yang dikongsi pemilik, dia memilih model itu kerana menjangkakan taraf kualiti mewah dan pengalaman perkhidmatan premium peringkat atasan.

Difahamkan, pemilik Mercedes-Maybach itu berulang kali berkomunikasi dengan pihak pengedar namun usaha berkenaan tidak mendapat respons yang memuaskan. 

@hh199814

Leaking Maybach @漏水车车主

♬ 原聲 – hh – hh

Selepas beberapa kali percubaan yang tidak berjaya, pemilik menggunakan pendekatan unik bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan melapisi kanva di atas bumbung kereta.

Tindakan pemuda itu mendapat sokongan pemilik Maybach China lain yang mana mereka turut menutupi bumbung kenderaan masing-masing dengan kanva tiga warna.

Ia menjadi topik hangat dalam talian dan pihak pengedar memohon maaf atas masalah yang berlaku.

Isu tersebut sudahpun dilaporkan kepada bahagian pengurusan dan mereka sedang menyelesaikan masalah itu. 

Pihak Maybach China menjalankan siasatan menyeluruh tentang isu itu bagi mengenalpasti punca masalah dan memberikan pampasan yang munasabah serta penyelesaian kepada pelanggan. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Sharing Travel (@livingchina)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here