HLYM perkenal tiga warna baharu Yamaha Ego Gear, harga kekal RM5,998

40

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi model Yamaha Ego Gear (2024) menerusi pilihan Grey, Cyan dan Navy Blue.

Sudahpun berada di pusat jualan, skuter berkenaan dijual pada harga cadangan RM5,998 seunit.

Yamaha Ego Gear menggunakan enjin 125cc BluCore bersama generator motor pintar yang menghasilkan kuasa 7.0 kW @ 8,000rpm dan tork 9.6 Nm @ 5,500rpm.



Antara ciri peralatan yang didatangkan pada Ego Gear adalah :

 

  • Kesatuan lampu depan LED serta lampu ‘pilot’ dengan reka bentuk moden, lebih terang dan tahan lama.
  • Soket elektrik untuk mengecas telefon pintar atau peranti digital.
  • Tempat letak kaki mesra kanak-kanak.
  • Papan lantai kaki anti gelincir yang lebar, terbaik untuk tunggangan jarak jauh.
  • Panel meter multi-fungsi sporty yang moden dan jelas terlihat dengan baik walaupun dalam keadaan matahari terik.

Setiap pembelian didatangkan dengan kunci keselamatan brek cakera Yamaha bernilai RM100.

GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here