#TahukahAnda: Ada emas sebenar dalam Aston Martin DB12 Goldfinger Edition!

11

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 penampilan Aston Martin dalam filem James Bond “Goldfinger”, Aston Martin menawarkan model DB12 edisi terhad yang menampilkan penggunaan bahan yang istimewa.

Bahan yang dimaksudkan itu ialah kemasan emas 18 karat yang wujud pada dial rotari yang terletak di konsol tengah, diikuti dengan tombol penukaran gear, tombol volum, dan juga kawalan iklim.

Tombol penukaran gear juga mempunyai bentuk yang sedikit berbeza berbanding model DB12 standard.



Selain itu, terdapat kemasan gentian karbon lengkap dengan elemen sulaman emas metalik, diikuti logo Eight of Hearts pada visor pelindung suria.

Sayang sekali untuk bahagian luar, tiada sebarang perkakasan atau gajet Ejen 007 dimuatkan.

Sebaliknya, DB12 Goldfinger Edition ini didatangkan dengan rim perak bersaiz 21 inci, angkup brek hitam, kemasan emas pada bahagian sisi, serta logo Q yang memberikan petanda ia bukanlah model DB12 yang standard.

Ia menggunakan warna luaran Silver Birch sebagai rujukan kepada warna yang digunakan pada DB5 dalam filem Goldfinger.

Hanya 60 unit sahaja DB12 Goldfinger Edition yang akan dihasilkan, di mana setiap pembelian akan disertakan dengan bermacam-macam barangan eksklusif.

Antaranya ialah pelindung badan kereta khas, kotak istimewa untuk penyimpanan kunci, botol champagne berserta empat gelas minuman, filem 35 mm yang merakamkan babak Furka Pass, serta model skala Silver Birch Speedform.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here