Stellantis Malaysia lancar Leapmotor C10, harga RM149,000

121

Stellantis Malaysia memperkenalkan kenderaan tenaga baharu (NEV), Leapmotor C10 ke pasaran tempatan pada harga RM149,000.

Harga pengenalan tersebut sah untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 November depan dan selepas itu Leapmotor C10 akan ditawarkan pada harga RM159,000. 



Menerusi pelancaran itu, Malaysia menjadi negara pertama memperkenalkan SUV C10 di pasaran Asia Tenggara.

Kereta elektrik (EV) itu menggunakan bateri fosfat iron litium (LFP) 69.9kWh dengan Sistem Pengurusan Bateri AI (BMS) yang dipasang sendiri. 

Motor elektrik Permanent Magnetic Synchronic berupaya menjana kuasa 214hp dan tork 320Nm serta pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 7.5 saat. Sekali cas ia menawarkan jarak pemanduan sejauh 424km (WLTP).

Padanan pengecasan pantas 84kW membolehkan isian bateri daripada 30 hingga 80 peratus dalam tempoh 30 minit di samping pengecasan AC 6.6kW.

C10 menawarkan empat mod pemanduan iaitu Eco, Comfort, Sport dan Custom

PLATFORM LEAP 3.0

Leapmotor C10 serba baharu dibina di atas platform Leap 3.0 termaju dengan dimensi 4,739mm panjang, 1,900mm (lebar), 1,680mm (tinggi) dan jarak roda (2,825mm). Jarak kelegaan tanah pula adalah 180mm. 

Leapmotor ialah syarikat pertama memperkenalkan teknologi sel ke casis 2.0 yang memberi penekanan terhadap aspek pemasangan pintar sewaktu proses pengilangan dengan menggabungkan pek bateri C10 ke dalam struktur.

Berbanding platform bukan sel ke badan, C10 menawarkan susun atur ruang bateri 17.5 peratus lebih baik.

Ini membolehkannya menggunakan input pengecasan fleksibel termasuklah teknologi 800V/400V dan pengecasan super 4C/2C, ketegaran tork 42,500Nm/deg untuk meningkatkan aspek keselamatan serta menambah baik aspek pengurusan suhu yang mengekang penyebaran haba sehingga 720 minit.  

REKAAN LUAR & DALAM

Leapmotor C10 menampilkan rekaan bulat segi empat tepat dan horizontal yang estetik. Bahagian depan dilengkapi sepasang lampu utama LED angel wing dengan lampu nyala siang (DRL) binaan dalam.

Corong kemasukan udara dengan fungsi Penutup Gril Aktif (AGS) pada bampar depan berfungsi untuk penyejukkan dan menambah baik aspek aerodinamik. 

Kemudian ia dipadankan dengan rim ‘Trident’ bersaiz 20 inci serta spoiler dan bar lampu animasi LED di belakang.

Kabin C10 menampilkan tempat duduk yang menggunakan tekstil silikon OEKO-Tex Standard 100 yang mesra bayi. Aliran pendingin udara disalurkan menerusi corong elektrik dengan fungsi pembersihan udara boleh ubah dan sistem penapis PM2.5 binaan dalam. 

Punat gear diletakkan pada kolum stereng elektrik manakala urusan untuk masuk ke kabin  boleh dilakukan menerusi kad NFC atau aplikasi mudah alih Leapmotor.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan antaranya pelarasan kerusi pemandu enam cara dengan fungsi memori dan ventilasi, pad pengecasan tanpa wayar 15-watt, ruang simpanan barang, soket 12-volt, slot USB-C dan USB-A, bumbung panorama, lampu ambien, 12 pembesar suara bunyi keliling, empar mod audio dan amplifier 840 watt. 

C10 menawarkan ruang but seluas 435 liter dan kapasiti sehingga 1,410 liter apabila tempat duduk dengan konfigurasi 60/40 itu dilipat rata.

KESELAMATAN

SUV elektrik serba baharu itu menawarkan rangkaian ciri keselamatan yang komprehensif seperti tujuh beg udara dan sistem ADAS Tahap 2 Leap Pilot bersama fungsi:   

  • Adaptive Cruise Control (ACC) 
  • Lane Centering Control (LCC) 
  • Traffic Jam Assist (TJA) 
  • Front Collision Warning (FCW) 
  • Autonomous Emergency Braking (AEB) 
  • Blind Spot Detection (BSD) 
  • Door Opening Warning (DOW) 
  • Emergency Lane Keeping (ELK) 
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keep Assist (LKA) 
  • Rear Collision Warning (RCW) 
  • Rear Cross-Traffic Alert And Braking (RCTA + RCTB) 
  • Intelligent Speed Assist (ISA) 
  • Driver Drowsiness Alert Warning (DDAW) 
  • Advanced Driver Distraction Warning (ADDW)

WARANTI

SUV C10 serba baharu hadir dengan jaminan selama 6 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km (mana-mana tiba dahulu).

Selang servis adalah selama 1 tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Stellantis Malaysia merancang untuk menambah sebanyak sembilan pusat jualan pada tahun depan dan akan mencapai 16 pusat servis pada 2025 dengan enam daripadanya dijadual beroperasi suku keempat tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here