Bajet 2025 : Peruntukkan RM2.8 bilion selenggara jalan persekutuan

25

Kerajaan perpaduan memperuntukkan sebanyak RM2.8 bilion bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukkan sebanyak RM1 bilion disalurkan bagi penyelenggaraan jalan bukan utama misalnya jalan sekunder, jalan Felda dan jalan industri.



“Dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya (MARRIS) berjumlah RM5.5 bilion diperuntukkan bagi penyelenggaraan jalan negeri.

“Kerja pembersihan jalan juga ditambah baik  meliputi longkang, saliran air, bahu jalan dan persekitaran sehingga selamat digunakan.

“Kerajaan Persekutuan telah meluluskan perolehan sebuah jambatan sementara Bailey
kepada semua kerajaan negeri menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2025 sebagai persediaan awal kerajaan negeri bagi menangani masalah jalan terputus akibat bencana
banjir,” katanya. 

Beliau menambah sebanyak RM178 juta diperuntukan bagi memasang lampu-lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan seluruh negara.

“RM30 juta  disediakan untuk terus memanfaat peranan Jurutera Daerah sebagai barisan depan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang,” katanya. 

Beliau menambah, kerajaan bersetuju memasang High Speed Weight in Motion di lokasi-lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here