Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di bawah iktiar peralihan tenaga, kerangka insentif cukai kenderaan elektrik (EV) sedia ada distruktur supaya selari dengan hasrat menggalakkan peralihan kepada pemasangan tempatan (CKD) EV.
“Pada masa ini, syarikat Perodua sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah RM100,000 bagi memenuhi permintaan rakyat,” katanya.
Selain itu, galakan penggunaan motosikal elektrik CKD sehingga RM2,400 turut diteruskan tahun depan dengan peruntukan RM10 juta.
Selain itu, Anwar berkata susulan penggubalan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga, ikhtiar meningkatkan kecekapan tenaga terus diperhebat.
Justeru itu, ke arah Putrajaya bandar rendah karbon, ruang bumbung di laluan pejalan kaki sepanjang hampir 5km dan tempat parkir kereta akan dipasang solar untuk menjimatkan tenaga elektrik.
ARTIKEL LAIN