Bajet 2025 : Tambang percuma kepada semua mahasiswa menerusi BAS.MY

1

Kerajaan terus memastikan sistem pengangkutan awam yang cekap, berpatutan dan selesa untuk manfaat semua rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkhidmatan udara luar bandar Sabah Sarawak diteruskan dengan peruntukan lebih RM200 juta. Ia termasuk membuka laluan baharu dari Kota Kinabalu ke Layang-layang dan Miri ke Long Banga.



Prasarana pula sudah membuat perolehan 250 bas elektrik tahun ini. Kementerian Pengangkutan juga memulakan perolehan 12 gerabak tren penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi keselesaan penumpang.

“Manakala 50 gerabak tren lagi akan diperoleh secara pajakan melalui kerjasama Kerajaan-
Kerajaan dengan negara China,” katanya.

Beliau berkata pas Bulanan My50 diteruskan bagi manfaat 180,000 pengguna Lembah Klang menggunakan bas dan rel Prasarana.

Perkhidmatan bas henti-henti terus disokong dengan peruntukan lebih RM270 juta dan setiap bandar utama di semua negeri akan dipastikan dapat menerima manfaat.

“Capaian bas ditingkatkan di Lembah Klang, RM 10 juta disediakan bagi menambah lorong bas khas melibatkan Jalan Ipoh, Jalan Cheras dan Jalan Gombak sepanjang 47km.

“100 hentian bas di Lembah Klang akan ditambah baik melibatkan kerjasama GLC dan badan swasta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna perkhidmatan bas awam,” jelasnya.

Selain itu, Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen sehala. Sebagai permulaan, stesen yang terlibat ialah di LRT Sri Rampai dan LRT Melati.

Kerajaan juga bersetuju memberikan tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here