Bajet 2025 : Prasarana asas luar bandar terima peruntukan hampir RM2.9 bilion

4

Prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir 2.9 bilion ringgit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jalan-jalan kampung akan dibina dan dibaiki seperti di Kota Belud, Sabah; Pasir Puteh, Kelantan dan Kuala Lipis, Pahang dengan peruntukan hampir RM1.8 bilion. 

“Projek bina dan baiki jambatan serta pemasangan dan selenggara lampu jalan kampung diteruskan melibatkan kos dan peruntukan lebih RM350 juta,” katanya. 



Pihak kerajaan juga menyokong kerjasama universiti awam dalam menambah baik prasarana kampung seperti kejayaan projek pemasangan solar di Pulau Tuba oleh Universiti Malaysia Perlis.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here