Patah pengelap cermin kenderaan, polis tahan lelaki warga asing

72

Seorang lelaki warganegara asing berusia 25 tahun ditahan kerana melakukan khianat terhadap beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata penahanan itu susulan tularnya satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki mematahkan pengelap cermin belakang kereta yang diparkir.



Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sekitar jam 3.30 petang semalam dan berdasarkan maklumat yang diterima daripada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), pihak polis berjaya menahan suspek untuk siasatan lanjut.

“Polis menjumpai sebilah pisau lipat dalam beg sandang suspek semasa tangkapan. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 437 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Terdahulu, rakaman berdurasi 16 saat tular di media sosial TikTok menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga asing mematahkan pengelap cermin beberapa kenderaan di parkir dengan ekspresi marah.Β 

@partibantiban

Depan Bus station Batu Pahatviral fypγ‚· fyp fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – β„π•¦π•˜π•˜π•–π•• 𝔹𝕠π•ͺ π•Šπ•’π•Ÿπ•¦

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here