Tiga kenderaan terbakar selepas terlibat kemalangan di NKVE

116

Tiga kenderaan terbakar selepas terlibatt dalam kemalangan di KM4.4 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Shah Alam pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.38 petang.



“Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati kebakaran melibatkan tiga kenderaan berpunca akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Menurutnya, kenderaan terbabit dalam kejadian itu adalah dua kenderaan jenis sedan terbakar 100 peratus dan sebuah kereta jenis pacuan empat roda terbakar 50 peratus.

Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan, insiden itu tidak melibatkan mangsa,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here