Rumah terbakar, tiga kenderaan musnah

40

Tiga kenderaan musnah dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Kampung Air Puteh, Kamunting, Taiping pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian tersebut pada jam 7.12 malam.



Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan BBP Taiping bergegas ke lokasi kejadian dan tiba dalam masa 12 minit.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kelas B musnah terbakar 90 peratus.

“Ketua operasi mengarahkan anggota membuat pemadaman menggunakan satu aliran 1,200 kaki dari pili bomba dan membuat penyambungan di antara jentera sejauh 400 kaki dan pemadaman menggunakan pancutan sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Sabarodzi berkata, kebakaran itu turut mengakibatkan beberapa kenderaan yang diletakkan dalam garaj musnah.

Kenderaan yang musnah melibatkan Mazda Fighter, Nissan AD Resort dan motosikal Honda C70.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut dan operasi yang disertai 18 anggota tamat pada jam 10 malam selepas api berjaya dikawal sepenuhnya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here