83 peratus pembeli WRX pilih transmisi manual – Subaru

204

Untuk segmen kenderaan penumpang mampu milik, transmisi manual kian menghampiri era kepupusan.

Namun tidak untuk segmen kenderaan berprestasi tinggi terutama kereta sports, di mana peratusan pemilikan model manual masih lagi tinggi walaupun peratusannya agak kecil jika dibandingkan dengan pasaran kereta massa.

Di Amerika Syarikat, Subaru mendedahkan sebanyak 83 peratus pembeli model WRX memilih untuk membawa pulang varian transmisi manual, menurut Kelley Blue Book.



Ia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding 79 peratus data yang dicatatkan untuk tempoh tahun 2023.

Selain Subaru, Toyota juga masih lagi percaya ramai pemilik dan pembeli hot hatch GR Corolla lebih gemar memilih varian transmisi manual walaupun versi kotak gear automatik telah pun diperkenalkan pada tahun ini.

80 peratus pembeli GR Corolla 2025 pilih manual – Toyota

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here