Nik Nazmi : Pengumuman penyasaran subsidi RON95 bukan kejutan

34

Penyasaran subsidi petrol RON95 yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025, Jumaat lalu bukan satu kejutan besar.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata 85 peratus daripada isi rumah di Malaysia akan menerima subsidi tersebut.

“Kerajaan telah bercakap secara terbuka tentang perkara ini (penyasaran RON 95) sejak sekian lama.



“Pelaksanaan itu dengan kenaikan gaji dalam sektor awam dan swasta serta pengukuhan jaringan keselamatan sosial,” tulisnya menerusi platform X.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan.

Beliau berkata penjimatan yang dicapai daripada penyasaran subsidi bahan api itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Kerajaan kini sedang memperhalusi mekanisme untuk melaksanakan kaedah harga dua peringkat bagi penyasaran subsidi petrol RON 95 melibatkan mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan sebanyak 85 peratus mereka yang layak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here