Cadang penyasaran subsidi RON95 ikut jenis kenderaan

576

Kerajaan disaran melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 mengikut jenis kenderaan berbanding pendapatan isi rumah atau individu.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (Minda-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, konsep itu seperti pengelasan kenderaan untuk bayaran tol di lebuhraya.



Menurutnya, dalam konteks subsidi petrol, pengkelasan dibuat mengikut kapasiti enjin kenderaan.

“Lumrah orang pendapatan rendah akan guna motosikal sebagai kenderaan harian sementara kebanyakan individu lebih kaya akan menggunakan kenderaan dengan kapasiti enjin lebih besar.

“Sekiranya orang kaya menggunakan Perodua Kancil, mereka layak mendapat subsidi disebabkan menggunakan minyak yang lebih sedikit.

“Sudah tentu dalam setiap pengelasan akan ada ketirisan, namun ia boleh dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan disaran membantu orang susah menggunakan kaedah lain tanpa mengganggu pasaran harga.

“Saya lebih cenderung harga pasaran dikekalkan dan kita tak boleh hidup dalam kepura-puraan.

“Jika terus tekan harga ke tahap rendah dalam tempoh yang lama akan menyebabkan beban.

“Jika berlaku perang di negara teluk memang akan menyebabkan kenaikan harga petrol, rakyat perlu dimaklumkan dan kerajaan perlu bantu guna kaedah lain tanpa ganggu harga pasaran,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here