Suzuki GSX-S1000GX tiba di pusat jualan, harga RM89,900

66

Suzuki Malaysia memperkenalkan GSX-S1000GX pada acara Malaysia Autoshow (2024) suku kedua yang lalu.

Kini crossover-tourer tersebut sudah boleh didapati di pusat jualan pada harga RM89,900 seunit.

Jentera tourer berkenaan dikuasakan enjin 999 cc yang menghasilkan kuasa 152PS dan tork 106Nm bersama transmisi constant mesh 6-kelajuan dengan quickshifter.



Bakal bersaing dengan Kawasaki Versys 1000 dan Yamaha Tracer 9 GT, GSX-S1000GX menggunakan suspensi elektronik semi-aktif yang mana bahagian depan menggunakan teleskopik terbalik dan spring gegelung serta jenis pautan dan spring gegelung (belakang).

Kemudian Suzuki memilih rim 17-inci dengan tayar bersaiz 120/70 (depan) dan 190/50 (belakang). 

Ciri peralatan lain yang ditawarkan antaranya Suzuki Advanced Electronic Suspension (SAES) dengan empat mod kawalan peredam, Suzuki Road Adaptive Stabilization (SRAS), Motion Track Brek System, Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) serta lampu depan jenis LED, panel instrumen LCD penuh dan tangki minyak bersaiz 19 liter.

Jentera dengan berat 232kg itu didatangkan dalam dua varian warna eksklusif iaitu Metallic Triton Blue dan Glass Sparkle Black.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here