Pembidaan NPI Siri MADANI rekod kutipan RM2.62 juta

41

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI merekodkan kutipan sebanyak RM2,623,329 yang dibuka pada 19 hingga 23 Oktober lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata MADANI 6 merupakan NPI yang dibida dengan harga paling tinggi iaitu RM68,888.



Diikuti dengan MADANI 5 berada ditempat kedua dengan harga RM58,001; MADANI 4 (RM55,000); MADANI 3 (RM51,111); dan MADANI 33 dengan nilai RM42,110.

“Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 5,632 orang dan sebanyak 3,263 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

“Lima nombor yang paling banyak dibida ialah MADANI 1118 seramai 17 pembida, MADANI 8055 (15 pembida), MADANI 998 dan MADANI 1305 dengan 13 pembida serta MADANI 113 sebanyak 12 pembida,” katanya.

Hasil bidaan NPI Siri MADANI merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, subsidi FlySISWA dan pelbagai inisiatif MOT untuk rakyat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here