Pro Net buka tempahan Proton e.MAS 7, dua pilihan varian pada anggaran harga RM120,000

179

Pro-Net membuka tempahan kereta elektrik (EV) nasional pertama tempatan Proton e.MAS 7 pada harga anggaran RM120,000.

Pasaran tempat didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu :

  • e.MAS 7 Premium
  • e.MAS 7 Prime



Anak syarikat Proton itu juga menawarkan pakej Pioneer Privilege Deal dengan rebat bernilai RM500 dan Pioneer Gift Pack bernilai RM 1,000 buat pelanggan terawal.

Tawaran tersebut sah dari 26 Oktober sehingga hari pelancaran rasmi EV tersebut pada hujung tahun ini.

Selain itu, pengeluar kenderaan nasional itu juga mengumumkan pelancaran ‘e.MAS App’ yang merupakan platform dinamik yang direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna daripada tempahan sehingga pemilikan.

Aplikasi tersebut memudahkan pengurusan tempahan kenderaan, perkhidmatan penjadualan dan mengakses rangkaian pengecasan EV Malaysia. Ia mirip versi aplikasi pintar Proton Hello.

SPESIFIKASI e.MAS 7

Sebelum ini, Proton menafikan EV sulung tersebut merupakan model rebadge Geely Galaxy E5 sepenuhnya. 

Menurut Proton, ia dibangunkan secara bersama yang melibatkan 230 jurutera dan pereka Proton.

EV elektrik itu memiliki dimensi panjang 4,615mm, lebar (1,901mm) dan tinggi (1,670mm) serta jarak roda 2,750mm.

Varian Prime didatangkan dengan kapasiti bateri 49.52kWh dengan jarak perbatuan 345km (WLTP) manakala versi Premium memiliki bateri lebih besar iaitu 60.22kWh dengan jarak pemanduan sejauh 470km (WLTP).

Kedua-duanya dilengkapi dengan motor jenis sistem pacuan elektrik 12 in 1 dengan kuasa 160kW dan tork 320Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175kmj. 

Pengecas DC 80kW ditawarkan pada e.MAS 7 Prime manakala Premium pula memiliki kapasiti DC 100kW selain pengecasan AC 11kW.

Operasi isian bateri Aegis Short Blade 30 hingga 80 peratus mengambil masa 20 minit menggunakan pengecas DC.

PENAMPILAN

Proton e.MAS 7 memiliki profil luaran yang bergaya dengan rim aloi aerodinamik 19 inci dan 18 inci (Prime), pemegang pintu tersembunyi dan lampu belakang LED 3D yang meningkatkan daya tarikan estetik.

Masuk ke kabin, ia didatangkan dengan kluster instrumen LCD 10.2-inci, skrin infotainmen bersaiz 15.4-inci, paparan HUD, pengecas telefon tanpa wayar, penapis kabin N95, V2L dan sistem bunyi Flyme serta enam pembesar suara. 

Mereka yang memilih varian Premium bakal menerima ciri peralatan tambahan seperti :

  • Bumbung panorama dengan tirai matahari
  • Pintu but elektrik dan penutup gril aktif
  • Cermin pandang belakang auto malap
  • Pelarasan elektrik kerusi pemandu 6-tahap dengan fungsi memori
  • Pencahayaan kabin 256 warna dan 16 pembesar suara
  • Kerusi depan dengan fungsi ventilasi
  • Pelarasan elektrik 4-tahap bagi kerusi penumpang depan 

KESELAMATAN

Proton e.MAS 7 didatangkan dengan ciri keselamatan enam beg udara, paparan kamera 360 darjah dan radar depan/belakang.

Selain itu, Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) Tahap 2 ditawarkan pada kedua-dua merangkumi :

  • Kawalan Kruise Pintar (ICC)
  • Kawalan Kruise Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS) : Brek Kecemasan Automatik (AEB); Amaran Perlanggaran Depan (FCW); Sokongan Brek Dinamik (DBS)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) : Lane Departure Warning (LDW); Lane Departure Prevention (LDP); Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Sistem Bantuan Radar Tepi Belakang : Amaran Perlanggaran Belakang (RCW); Amaran Trafik Belakang (RCTA); Brek Trafik Belakang (RCTB); Bantuan Tukar Lorong (LCA); Pengesanan Titik Buta (BSD) dan Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Pengesanan Papan Tanda Trafik (TSI)

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here