Permintaan yang kurang memberangsangkan menyebabkan Subaru akhirnya menamatkan penjualan model Legacy Outback di pasaran Jepun.
Sebelum jualan Outback dihentikan sepenuhnya, Subaru Jepun melancarkan model edisi khas Legacy Outback 30th Anniversary Edition yang dihadkan kepada 500 unit sahaja.
Varian istimewa ini boleh dibezakan menerusi kehadiran roda aloi 18 inci warna hitam kusam, kemasan aksen hitam pada bampar dan cladding plastik, logo STI Performance pada bahagian belakang, serta logo ’30th Anniversary’ pada ruang kabin.
Tidak cukup dengan itu, Legacy Outback ini turut mendapat naik taraf komponen suspensi Hitachi Astemo SFRD (Sensitive Frequency Response Damper) yang ditala oleh STI.
Sepasang set peredam baharu yang ditala oleh STI turut dipasang pada gandar belakang.
Tempahan untuk Legacy Outback edisi khas ini hanya akan dibuka sehingga 10 November ini.
Mereka yang mahukan Legacy Outback versi standard masih lagi boleh menempah sehinggalah tempahan ditutup sepenuhnya pada Mac 2025.