Empat maut Tesla hilang kawalan langgar penghadang jalan sebelum terbakar

178

Empat warga India maut manakala seorang lagi berada di hospital selepas Tesla yang mereka naiki merempuh rel penghadang jalan raya dan tiang konkrit di Lake Shore Boulevard, pusat bandar Toronto, Kanada.

Mangsa yang maut

Inspektor Bertugas, Phillip Sinclair berkata dalam kejadian 12.15 tengah malam itu, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan raya dan akibat impak tersebut kereta elektrik (EV) berkenaan terbakar. 

Beliau mengesahkan tiga lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an dan 30-an maut di lokasi kemalangan sementara seorang lagi penumpang wanita berjaya dikeluarkan orang awam ketika kejadian.



Mangsa yang mengalami kecederaan serius dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

“Saya percaya orang awam memberi bantuan ketika kebakaran tercetus dan terima kasih kepada mereka,” katanya. 

Tambah beliau, buat masa ini masih belum dapat dipastikan punca pemandu Tesla itu hilang kawalan kenderaan.

BOMBA LUPUS BATERI

Timbalan Ketua Bomba, Jim Jessop berkata api marak berpunca daripada sel bateri dalam Tesla dan ‘thermal runaway’ yang semakin meningkat di tempat simpanan bateri. 

“Dengan bantuan Polis Toronto, kami perlu lebih berhati-hati untuk membuka semula jalan dan mengeluarkan serta mengangkut salah satu pek bateri Tesla itu,” katanya.

Sebaik sahaja api dipadamkan, sel bateri kereta itu dibuang ke dalam tong sampah yang kemudiannya diisi dengan pasir dan diangkut ke tempat pembuangan sampah.

Ini kerana pek bateri litium-ion berisiko terbakar semula, walaupun beberapa minggu selepas api dipadamkan. Tambah beliau, perkhidmatan bomba telah memberi perhatian kepada isu itu.

Beliau menyatakan bahawa sel bateri Tesla berkemungkinan besar menjadi punca kebakaran dahsyat itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here