Rupa Kia Tasman (2025) terlalu pelik? Versi yang lebih asas ini mungkin untuk anda

2

Kemunculan trak pikap pertama keluaran Kia, iaitu Kia Tasman (2025) ternyata mengundang kritikan keras dan pedas netizen, terutama reka bentuk yang agak aneh berbanding model pesaing.

Jika anda turut mementingkan rupa paras ‘kuda kerja’ yang lebih senonoh, mungkin sekali varian yang lebih asas ini sesuai untuk dibawa pulang.



Seperti varian yang lebih mahal, Kia Tasman versi trak kerja ini turut ditawarkan dengan pilihan badan kabin tunggal dan kabin berkembar.

Ia juga turut ditawarkan dengan pilihan enjin petrol 2.5 liter atau diesel turbo 2.2 liter, pilihan kotak gear manual atau automatik, serta konfigurasi pacuan 4×4 atau 4×2.

Cuma bezanya, ia dilengkapi dengan set roda keluli, snorkel dan juga bull-bar, sementara padanan flatbed di belakang menyebabkan cetakan logo KIA gergasi digantikan dengan logo yang lebih kecil.

Lampu belakang juga kini bersaiz lebih kecil.

Penggunaan warna badan yang gelap juga dilihat jauh lebih baik pada Kia Tasman kerana ia dapat menenggelamkan reka bentuk fender misai yang agak aneh seperti yang wujud pada varian yang lebih mahal.

Menurut Kia, trak pikap Tasman ini juga bakal ditawarkan dalam versi elektrik sepenuh masa (EV) dalam tempoh beberapa tahun akan datang, diikuti dengan versi hibrid serta plug-in hybrid.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here