Trump menaiki trak sampah sebagai aksi ‘troll’ kenyataan Biden

38

Donald Trump tiba di Green Bay, Wisconsin bagi menghadiri perhimpunan malam dan menaiki trak sampah selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melabel penyokongnya di Puerto Rico sebagai ‘sampah’.

Bekas Presiden itu tiba dengan Boeing 757 miliknya kemudian berjalan menuju ke trak sampah putih dengan slogan ‘Trump, make Amerika great again!”.



Ketika melalui barisan wartawan yang menunggu, Trump berkata sebanyak 250 juta penduduk bukan sampah.

“Saya boleh kata siapa sampah sebenar, tetapi kami tidak akan berkata sedemikian,” jelasnya. 

Trumph yang dua kali terlepas pembuka pintu trak sampah itu kemudian memanjat bahagian kabin lalu duduk di kerusi penumpang.

“Macam mana awak suka trak sampah saya tak?” kata Trump yang menyarung jaket keselamatan jingga dan kuning di atas baju putih dan tali leher merahnya.

“Ini adalah untuk menghormati Kamala dan Joe Biden,” tambah beliau. 

Trump kemudiannya membuat ucapan balas kepada Biden pada lewat Rabu bahawa, “Sampah yang saya lihat terapung di luar sana ialah penyokongnya.”

Sejurus selepas komen Biden, White House menyatakan Presiden tidak bermaksud untuk melabel penyokong Trump sebagai “sampah.”

Jurucakapnya, Andrew Bates berkata bahawa Biden merujuk kepada ‘retorik kebencian’ perhimpunan Trump dan bukannya penyokongnya secara langsung.

Perang retorik makin sengit pada minggu akhir menjelang Pilihan Raya Presiden AS pada Selasa depan malah Harris kini berdepan tekanan baharu kerana kecaman yang diterima Demokrat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here