Tempahan Kawasaki ZX-6R dibuka bermula Disember, harga RM59,900

67

Modenas membuka tempahan ZX-6R di semua bilik pameran Kawasaki All Star bermula 1 Disember depan sehingga 31 Januari 2025.

Seramai 50 pemilik pertama bakal menerima penyerahan eksklusif jentera berkenaan pada Februari 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 



Pesaing kepada Honda CBR600RR itu dijual pada harga RM59,900 dan merupakan versi pemasangan tempatan (CKD).

Enjin sportbike kini patuh regulasi Euro 5 yang mana janakuasa 636cc empat silinder sebaris DOHC penyejukkan cecair menghasilkan kuasa 124PS @ 13,000rpm dan tork 69Nm @ 10,800rpm.

Diilhamkan daripada ZX-10R, ZX-6R menampilkan corak depan dan sisi yang diperbaharui, naik taraf skrin LCD, lampu LED baharu dan penutup enjin berwarna hitam.

Paparan TFT bersaiz 4.3-inci warna penuh menampilkan mod tunggangan Sport, Road dan Rain. 

Bahagian suspensinya pula menggunakan jenis Showa SFF-BP 41mm di depan dan monoshock di belakang. Keupayaan membrek diserahkan kepada cakera 310 mm dengan angkup empat omboh (depan) dan 220mm dengan piston tunggal (belakang).

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tiga mod kawalan traksi dan quickshifter serta tangki minyak bersaiz 14 liter.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here