Masalah lampu utama : 3,657 unit Perodua Alza dan Aruz terlibat kempen panggil balik

253

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi akaun Facebook berkongsi sebanyak 2,518 unit Perodua Alza dan 1,139 Perodua Aruz terlibat dalam kempen panggil balik pihak pengeluar.

Kempen panggil balik dua model MPV tersebut susulan masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi yang ditetapkan. 



Model Perodua Aruz yang terlibat adalah varian X dan AV manakala Alza pula adalah X, H dan AV.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak Perodua Manufacturing Sdn Bhd bagi temu janji pemeriksaan kenderaan masing-masing (atau pemilik kenderaan turut dibenarkan secara walk-in ke mana-mana pusat servis yang berhampiran di seluruh negara).

“Untuk makluman, mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak pengeluar.

“Oleh yang demikian, semua pemilik kenderaan model yang terlibat adalah dimohon untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin,” tulisnya.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here