“Selain kos murah, lokasi tonton lebih baik di grandstand Sepang berbanding Mandalika,” warga Indonesia

165


Semalam menyaksikan pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia muncul juara dalam perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia (2024) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Tahun ini adalah tahun yang istimewa yang mana merupakan sambutan ulang tahun ke-25 SIC dan Petronas menyambut ulang tahun ke-50 serta Dorna pula 75 tahun.





Perlumbaan GP Sepang bukan saja dihadiri pengunjung lokal namun peminat seluruh dunia.

Bahkan walaupun negara jiran, Indonesia sudah memiliki Litar Mandalika yang turut menganjurkan perlumbaan MotoGP, namun warganya masih memilih menonton di Malaysia.

Seperti mana laporan media Indonesia sebelum ini, peminat MotoGP negara jiran itu memilih menonton di Malaysia kerana tiket pesawat jauh lebih murah dan harga hotel yang melambung tinggi di Lombok. 

Seorang pemuda berkongsi sebuah video berkaitan pandangan warga Indonesia yang menonton GP Sepang semalam.

MANDALIKA LEBIH BANYAK JUAL TIKET DEPAN PADDOCK

Seorang lelaki dari Jakarta, Indonesia menyatakan perbelanjaan kos keseluruhan lebih murah berbanding menonton di Litar Mandalika.

Dia yang menyarung kemeja putih Aprilia juga memuji tandas SIC di lokasi Grand Stand yang telah dinaiktaraf dan dalam keadaan bersih berbanding kunjungannya dua tahun sebelumnya. 

“Sebagai warganegara, tentunya saya mahu Mandalika lebih bagus, pasti secara akses, fasiliti itu penting, akomodasi mesti diatur.

“Satu hal juga posisi nonton perlumbaan di Mandalika, bila diperhatikan belum ada yang enak (spot terbaik), di Mandalika itu lebih banyak tiket dijual di depan paddock.

“Hanya seru ketika persediaan perlumbaan dan permulaan, apabila perlumbaan bermula trek lurus terlalu laju..kalau di Malaysia grandstand boleh lihat dua sisi,” katanya yang pernah menonton GP Mandalika pada tahun pertama dan kedua. 

Seorang lagi warga negara Indonesia mengakui lebih seronok menonton di Malaysia kerana lokasi SIC yang strategik dan mudah diakses selain tandasnya yang bersih.

Seperti mana laporan artikel September lalu, warga Indonesia memilih menonton GP Sepang kerana kedudukan SIC yang hampir dengan kemudahan awam misalnya pengangkutan, lapangan terbang serta tawaran hotel yang banyak. 

Selain menawarkan pengalaman berbeza berbanding di Mandalika, tiket pesawat ke Malaysia juga jauh lebih murah berbanding ke Lombok. 

@dhanesjenggot23

Kenapa orang Indonesia banyak yang lebih pilih nonton di Sepang daripada Mandalika? Ini lho alasannya. #motogp #motogpmalaysia #motogpindonesia #motogp2024#sepang #kualalumpur #mandalika #fyp #fypage #viral_video

♬ original sound – Dhaneswara – Dhaneswara

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here